"KasihNya Allah, meskipun HambaNya mendustakan nikmat kasihNya"..
-Seorang Jemaah mendekati seorang pemuda yg tenang lagi redup wajahnya di dalam sebuah masjid berdekatan:
Wahai pemuda, aku lihat dahulu engkau tidak setenang ini, apakah yg menyebabkan engkau berubah ke arah kebaikan?
Adakah engkau berubah kerana pernah ditimpa musibah?
Jawab pemuda: tidak, sesungguhnya aku tidak pernah serik dgn musibah yg melanda diriku suatu ketika dahulu.
Adakah engkau sudah jemu dgn maksiat?
Jawab pemuda: tidak, sesungguhnya maksiat itu terlalu enak utk diperjelaskan.
Adakah ada seseorang atau ibu bapamu yg menyuruhmu berubah?
Jawab pemuda: tidak, rakan2ku mahupun ibubapaku tidak mampu utk memujukku agar berubah.
Adakah engkau takut akan siksaan dan murka Allah?
Jawab pemuda: selama ini hatiku keras utk memikirkan semua itu.
Adakah engkau inginkan Syurga Allah?
Jawab pemuda: Aku tidak layak dan terfikir utk Syurganya apatah lagi utk menghadapi NerakaNya..
maka Jemaah itu semakin kehairanan dan bertanya lagi,
Jadi...apakah sebabnya wahai pemuda?
Dgn linangan air mata pemuda itu menjawab:
..."Fa bi ayyi aalaa-i rabbikuma tukadzdzibaan.."(nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yg kamu dustakan?)- Surah Ar-Rahman.
" Setelah aku terdengar ayat itu lalu aku menyedari batapa jiwaku kosong dan sunyi tanpa belaian kasihNya buatku meskipun aku di tengah2 keramaian, dan aku takut,kiranya aku terbiar tanpa pimpinan dan pemerhatianNya...cukuplah aku hidup dalam jagaan kasihNya setelah sekian lama aku palingkan cintaku.. dan harapanku... buat manusia dan akhirnya aku diselimuti dgn kekecewaan.... Sehinggalah pintu hatiku disapa oleh kalamNya meskipun saat itu aku bergelumang dgn dosa dan durhaka, dan inilah diriku..., serta aku tenang dalam dakapanNya "

Tidak ada komentar:
Posting Komentar